Lelaki Ini

Lelaki Ini
Siapa Dia Di Hatiku?

Thursday, January 27, 2011

Tak der maknanyer bang oiii!

Malam Jumaat cam nie masih ramai kah lagi yang berlumba-lumba ambik kesempatan untuk beramal ibadat ie: sembahyang berjemaah & baca yassin. Alhamdulillah... kalau kita tergolong dalam golongan tersebut. Tapi sekadar renungan malam Jumaat nie cuba perhati sekeliling kita terutamanya yang telah berkeluarga, apakah lelaki di dalam rumah kita nie benar-benar menuju ke arah jalan yang kita inginkan yakni menjadi Khalifah di dunia ini.

Hmm.... bukan nak mengata, tapi ingin memuhasabah diri sendiri jugak. 
Untuk kaum Hawa: Kalau orang tanya esok-esok nak kawin lelaki macam mana korang nak? Ada yang jawab mesti hensem, ada duit & boleh jaga kita. Ada jugak yang kata lelaki yang bertanggung jawab& membimbing ke arah jalan yang benar. Ada pulak yang berkata-kata, asal family suka kita pun suka lah. Bak kata orang tu macam-macamlah jawapannya. Tapi adakah apa yang menjadi idaman kita tu kita dapat? Kalau dapat, adakah kita rasa bahagia? Kalau tak dapat adakah kita rasa sia-sia jer perkahwinan kita? 

Tak pa, kahwinlah dengan sapa pun janji korang rahsia bahagia. Tapi sekadar nak berkongsi cerita dari orang-orang terdekat, korang mesti selalu tengok dan lihat dalam masyarakat kita nie hari-hari.
Contohnya kalau kita pergi kedai, macam-macam citer kita boleh dengar. Dari pasal bola, artis, politik & macam-macam ader sampai projek juta-juta. As usual kalau kat kedai cam nie, sapa lagi yang suka sembang topik cam nie. Especially kalau bab politik semua orang tak betoi, dia sorang jer yang betoi. Sembang kedai kopi la katakah tak der hakim tak der saksi semua cerita sensasi keluar.
Ha! LELAKI INI lah yang selalu kedengaran suaranya.
 
(Gambar hiasan- tiada kena mengena dgn yang hidup atau dah mati)
Semua cerita memang hangat & orang yang bercakap tu pun cakap macam dia pun perfectlah sangat . Tapi cuba tengok cerita di sebalik penceritanya. Mula dari dia menjejakkan kaki di depan pintu rumahnya. Rumah yang dah macam hotel,balik untuk tidor jer gamaknya. Mana taknya, anak-anak entah ke mana. Bini di rumah hatinya tak dijaga. Dapur berasap ker makan pakai cukup ker tak pernah ditanya. Just because bini tu kerja bukannya excuse bang yer tak payah kasi nafkah zahir & batinnya. Tapi citer pasal bab negara kat kedai bukan main lantangnya. Itu tak cukup ini tak patut, semuanya tak betul. Tapi tak pulak rasa bersalah bila isi perut yang kat dalam rumah tu pun tak boleh handle.

Kalau bab agama, wah! yang gitu gitu nak ikut sunnah. Orang salah cakap sikit jer dah kata songsang. Sedapnya  dok mengata orang tu salah orang nie tak betoi tak takut dosa ker? Bab-bab tu cukup terror. Tapi cuba abang2 renungkan sembahyang lima waktu tu berapa kali abang betoi-betoi buat. 
Kalau komplen, pemimpin nie tak betoi pemimpin tu ada scandal. Abang kat umah dah pimpinkah ahli keluarga ke jalan yang betoi? Pernah kah abang-abang jadi imam kat umah? Ajar anak-anak mengaji? Silap-silap anak-anak lagi lancar baca Quran dari Abang yang merangkak baca Alif Ba Ta Pak Aji Mata Buta.

He!he!he! Janganlah marah abang-abang yer! Adik nie pun tak ler pandai. Tapi kadang-kadang adik heran. Kalau cerita pasal Rozita Che Wan amboiii bukan main lagi pasang angan-angan. Cuba-cubalah berpijak di bumi yang nyata, kalau setakat pandai berkata-kata & cakap tak serupa bikin TAK DER MAKNANYER BANG OIII!

Ha! Che abang-abang yang kat dalam umah nie. Jangan sengeh2 jer baca blog nie. Jangan lupa aper kewajipan anda yer! 

No comments:

Post a Comment