Lelaki Ini

Lelaki Ini
Siapa Dia Di Hatiku?

Monday, March 14, 2016

Kehancuran

Kehancuran akan terjadi bila seorang Lelaki tidak menjadi khalifah kepada di kehidupan sebenarnya

http://youtu.be/CLfqryjPUos
Estranged Featuring Fazura


Cinta Ini Membunuhku - Janna Nick

Hmm... 
Lelaki Ini yang penuh keegoaan 
Jika seorang lelaki mencintaimu dia akan menerima kekuranganmu

Layan

http://youtu.be/0qi7RFFjq5A



Saturday, January 9, 2016

Dilwale

Demam Dilwale berlarutan sepanjang musim panas di Kuala Lumpur nie. 



Apa ada pada Lelaki ini sehingga menarik penonton ke pawagam? Akak sendiri pun tersangkut jugak dan memasang angan-angan untuk menonton kali ke 2,3, ... 😊

Jangan salahkan akak yer, Lelaki ini telah mengetuk pintu hati akak dari seawal filem Chanatkar in 1992 (satu family suka citer ni tau! )


Of course semua cerita-cerita lelaki ini yang keluar di TV, akak akan tengok sebab satu family dari nenek, mak, makcik-makcik, adik-adik semua sekepala. Walaupun tak darah keturunan Hindi, tapi semua dah fefeling macam tu 😝. Cer tengok koleksi filem lelaki ini. Korang ader? 


Ha!!! Jangan tak tau! Tapi Top 5 Filem lelaki ini yang paling akak suka of course la Dilwale(1995), Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham & Mohabbatein. Tapi citer Dilwale 2015 ni memang the best la seusia akak yang tak berapa nak muda nie. Yang tak minat, jangan kutuk yer, semua orang ada minat masing-masing. Citer Korea la, Japan la, Orang Puteh la, Orang Cina la, Sinetron la. Apa-apa pun layan, jangan lupa Solat & kewajipan anda udah lerπŸ˜‰

So tak kan tak mau layan kot satu lagu dari lelaki ini yang tak lain tak bukan Dato Shah Rukh Khan kita. Jom Layan!











Saturday, August 20, 2011

Begitu tulusnya cinta lelaki ini...




Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang”.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.
“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Sesungguhnya tiada cinta yang lebih Agung melainkan cinta kepada Allah Taala... 
Tiada cinta seorang LELAKI yang begitu tulus selain daripada Cinta Rasulullah terhadap umatnya...

Saturday, March 5, 2011

Pabila Hilang Perasaan Sayang

Lebih kurang sebulan tak jengok blog nie & ramai lak yang dok tanya tak der citer ka. Sebenarnya banyak citer tapi banyak sangat benda yang kena diberi perhatian jadi tak sempat nak update blog nie.

Talking about LELAKI, rasanya ada satu citer yang dikongsi oleh seorang teman yang baru patah hati. Jarang-jarang tengok lelaki yang patah hati sampai nangis-nangis. Tapi LELAKI INI memang dalam hati ada taman, naik sedih lak bila cakap ngan dia. Selalunya lelaki yang buat hal, tapi kali ini perempuan lak yang buat hal. Susah nak cakap zaman sekarang nie. Macam-macam ada!


Tapi untuk Lelaki Ini, hanya nasihat jer yang dapat kami beri. Tak semua yang indah akan kekal selamanya & tak semua cinta akan berakhir dengan perkahwinan. Semua tu Allah dah tentukan di Loh Mahfuz & Cinta yang kekal hanya untuk Dia Yang Satu.

Kadang-kadang terasa pelik, orang yang paling kita sayanglah yang selalu susah untuk kita kata kita sayang. Orang yang paling kita sayang jugaklah yang selalu buat hati kita sakit. Dan kadang-kadang kerana terlalu sayang kita rela kan dia pergi. Bertambah pelik, orang kita tak berapa nak sayang tu lah yang selalunya menyayangi kita & cukup susah kita nak terima kasih sayang orang tu.

Apa-apapun ini semua dugaan hidup. Semuanya tak kekal & sentiasa berubah. 
Jadi cubalah terima kenyataan bahawa setiap kejadian tu ada hikmahnya. Mungkin susah nak telan tapi tak ader maknanya kalau rasa sayang tu dah tak ader kita bermusuhan. Hidup kita pun tak lama, jangan ada benci. Ingat.. Allah tu Maha Pengasih & Penyayang. Mungkin ada kasih sayang yang lebih baik dijanjikan untuk kita. Sedangkan orang kahwin boleh bercerai, sedangkan kapal terbang orang boleh hijack inikan pulak tiada ikatan apa-apa. 
Be cool ya!

Eloknya biarlah setiap cinta yang tak ada JODOH biarlah berakhir dengan PERSAHABATAN. Rasanya tak rugi apa-apa kalau kita hilang cinta tapi tak hilang sahabat. Daripada kita hilang sahabat kerana cinta.




Monday, February 14, 2011

LELAKI INI - JUNJUNGAN MULIA

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Setiap kali dengar Nasyid dari Al Mizan nie, pasti teringat zaman-zaman kecik2 semasa arwah Atuk masih ada. Dia selalu pasang lagu nie. Memang sirah Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassallam nie terpahat dalam ingatan & patut ditanam dalam setiap anak-anak kita.
Kepada adik-adik yang tak pernah dengar cuba click kat link bawah nie:


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

PENGAJARAN/IKTIBAR (daripada rujukan2 berkenaan baginda Rasulullah)

1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku-liku. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah. 

2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak-kaak baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah. 

3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam.

4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi. 

5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH;
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah." 

6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana. 

7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri. 

Sesungguhnya tiada LELAKI di dunia ini yang setanding dengan baginda Rasulullah & LELAKI INILAH yang patut kita cintai sampai ke akhirat...



Click here:




Thursday, February 3, 2011

Degil

Kenapa lah lelaki terlalu ego? Just do whatever they wanna do & bila nasihat tak nak dengar. Dah terantuk nanti baru nak tergadah.
Salah satu contoh yang paling dekat bila cuti-cuti nie semua berebut nak gi holiday, nak tanya sikit abang2 kat rumah tu ada buat persediaan tak sebelum gi bercuti. Kereta dah service belum? Duit perbelanjaan cukup ker & ada spare for emergency tak?
Rasanya kalau bab2 cam nie, orang pompuan jugak ler kena ingatkan. Kalau tak ingatkan memang orang pompuan la yang jadi Mak sanggupnya.
Bulan nie nak gi jalan, bulan nie gaklah baru nak pi guna duit tu pi service kereta so... kalau tak der simpanan hutang keta tu buat-buat lupa lak.
Dah tu kalau gi holiday, bawak kereta laju-laju tak ingat Anak bini dalam kereta tu. Cuba beringat sikit, kalau jadi apa-apa sapa yang susah? Dah kena keluarkan duit lagi. Itu kalau setakat kereta yang rosak, kalau hilang Anak bini boleh cari ganti ka?
Jadi nak ingat2 kan abang-abang di luar sana, jangan hemoi sangat kalau cik adik2 tegur yer. Semuanya demi masa depan. Bak kata pepatah menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tak der gunanya @ tak der
maknanya! Happy Holiday & Pandu cermat ya! Biar lambat jangan tak sampai langsung.