Lelaki Ini

Lelaki Ini
Siapa Dia Di Hatiku?

Thursday, February 3, 2011

Degil

Kenapa lah lelaki terlalu ego? Just do whatever they wanna do & bila nasihat tak nak dengar. Dah terantuk nanti baru nak tergadah.
Salah satu contoh yang paling dekat bila cuti-cuti nie semua berebut nak gi holiday, nak tanya sikit abang2 kat rumah tu ada buat persediaan tak sebelum gi bercuti. Kereta dah service belum? Duit perbelanjaan cukup ker & ada spare for emergency tak?
Rasanya kalau bab2 cam nie, orang pompuan jugak ler kena ingatkan. Kalau tak ingatkan memang orang pompuan la yang jadi Mak sanggupnya.
Bulan nie nak gi jalan, bulan nie gaklah baru nak pi guna duit tu pi service kereta so... kalau tak der simpanan hutang keta tu buat-buat lupa lak.
Dah tu kalau gi holiday, bawak kereta laju-laju tak ingat Anak bini dalam kereta tu. Cuba beringat sikit, kalau jadi apa-apa sapa yang susah? Dah kena keluarkan duit lagi. Itu kalau setakat kereta yang rosak, kalau hilang Anak bini boleh cari ganti ka?
Jadi nak ingat2 kan abang-abang di luar sana, jangan hemoi sangat kalau cik adik2 tegur yer. Semuanya demi masa depan. Bak kata pepatah menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tak der gunanya @ tak der
maknanya! Happy Holiday & Pandu cermat ya! Biar lambat jangan tak sampai langsung.

No comments:

Post a Comment