Lelaki Ini

Lelaki Ini
Siapa Dia Di Hatiku?

Saturday, March 5, 2011

Pabila Hilang Perasaan Sayang

Lebih kurang sebulan tak jengok blog nie & ramai lak yang dok tanya tak der citer ka. Sebenarnya banyak citer tapi banyak sangat benda yang kena diberi perhatian jadi tak sempat nak update blog nie.

Talking about LELAKI, rasanya ada satu citer yang dikongsi oleh seorang teman yang baru patah hati. Jarang-jarang tengok lelaki yang patah hati sampai nangis-nangis. Tapi LELAKI INI memang dalam hati ada taman, naik sedih lak bila cakap ngan dia. Selalunya lelaki yang buat hal, tapi kali ini perempuan lak yang buat hal. Susah nak cakap zaman sekarang nie. Macam-macam ada!


Tapi untuk Lelaki Ini, hanya nasihat jer yang dapat kami beri. Tak semua yang indah akan kekal selamanya & tak semua cinta akan berakhir dengan perkahwinan. Semua tu Allah dah tentukan di Loh Mahfuz & Cinta yang kekal hanya untuk Dia Yang Satu.

Kadang-kadang terasa pelik, orang yang paling kita sayanglah yang selalu susah untuk kita kata kita sayang. Orang yang paling kita sayang jugaklah yang selalu buat hati kita sakit. Dan kadang-kadang kerana terlalu sayang kita rela kan dia pergi. Bertambah pelik, orang kita tak berapa nak sayang tu lah yang selalunya menyayangi kita & cukup susah kita nak terima kasih sayang orang tu.

Apa-apapun ini semua dugaan hidup. Semuanya tak kekal & sentiasa berubah. 
Jadi cubalah terima kenyataan bahawa setiap kejadian tu ada hikmahnya. Mungkin susah nak telan tapi tak ader maknanya kalau rasa sayang tu dah tak ader kita bermusuhan. Hidup kita pun tak lama, jangan ada benci. Ingat.. Allah tu Maha Pengasih & Penyayang. Mungkin ada kasih sayang yang lebih baik dijanjikan untuk kita. Sedangkan orang kahwin boleh bercerai, sedangkan kapal terbang orang boleh hijack inikan pulak tiada ikatan apa-apa. 
Be cool ya!

Eloknya biarlah setiap cinta yang tak ada JODOH biarlah berakhir dengan PERSAHABATAN. Rasanya tak rugi apa-apa kalau kita hilang cinta tapi tak hilang sahabat. Daripada kita hilang sahabat kerana cinta.