Lelaki Ini

Lelaki Ini
Siapa Dia Di Hatiku?

Saturday, January 15, 2011

Apa Istimewanya Insan Bernama Lelaki?

Selalu kita dengar kalau orang baru-baru kahwin, bila isteri mengandung kalau boleh anak pertama mesti nak lelaki. Untuk sesetengah masyarakat kalau anak pertama bukan lelaki ada yang sampai dipinggirkan.
Apa istimewanya LELAKI INI kalau nak dibandingkan dengan PEREMPUAN INI?


Kalau ikut Wikipedia:
Lelaki ialah salah satu daripada dua jantina manusia, iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan istilah "lelaki" atau "Peria" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai jantan.

Tambahnya lagi :
Perdebatan hebat di kalangan masyarakat-masyarakat Barat menumpukan kepada perbezaan persepsi dari segi sosial, intelektual, atau emosi antara lelaki dan perempuan. Perbezaan-perbezaan ini amat susah dijumlahkan disebabkan alasan-alasan sains dan politik. Beberapa tuntutan stereotaip lelaki yang kekadang dikemukakan untuk perbandingan dengan perempuan adalah seperti berikut:
  • Lebih bersikap agresif berbanding perempuan. Bagaimanapun, dalam hubungan interpersonal, kebanyakan penyelidikan mendapati bahawa keagresifan antara lelaki dan perempuan adalah serupa sahaja. Bagaimanapun, lelaki cenderung lebih agresif di luar rumah dan sebaliknya.
  • Lebih bersikap pertandingan, tetapi juga lebih keras kepala berbanding perempuan.
  • Mempunyai lebih keyakinan diri (malahpun kekadang sombong juga) dan mempertunjukkan kemahiran kepimpinan yang lebih baik berbanding perempuan.
  • Lebih dapat mengawal perasaan dan kurang beremosi.
  • Mempunyai lebih kemahiran teknikal dan pengurusan berbanding perempuan.
  • Lebih cenderung kepada pemikiran abstrak berbanding perempuan.
  • Kurang kemas (lebih kotor) berbanding perempuan.
  • Lebih gemar bercakap dan lebih cenderung mencelah semasa orang sedang bercakap berbanding perempuan.
  • Lebih cenderung membuat perbezaan antara homoseksual dan lesbian.
  • Lebih cendurung menyindir dan menggunakan metafora dalam perbualan
Ye ker? Mungkin YA & mungkin TIDAK! Jadi komen gang-gang semua dialu-alukan. Mungkin korang ada pendapat sendiri. Tapi jangan lupa ya FITRAH makhluk ciptaan ALLAH ini, hanya pencipta yang amat mengetahui... WALLAHUALAM...

No comments:

Post a Comment