Lelaki Ini

Lelaki Ini
Siapa Dia Di Hatiku?

Saturday, August 20, 2011

Begitu tulusnya cinta lelaki ini...




Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang”.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.
“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Sesungguhnya tiada cinta yang lebih Agung melainkan cinta kepada Allah Taala... 
Tiada cinta seorang LELAKI yang begitu tulus selain daripada Cinta Rasulullah terhadap umatnya...

Saturday, March 5, 2011

Pabila Hilang Perasaan Sayang

Lebih kurang sebulan tak jengok blog nie & ramai lak yang dok tanya tak der citer ka. Sebenarnya banyak citer tapi banyak sangat benda yang kena diberi perhatian jadi tak sempat nak update blog nie.

Talking about LELAKI, rasanya ada satu citer yang dikongsi oleh seorang teman yang baru patah hati. Jarang-jarang tengok lelaki yang patah hati sampai nangis-nangis. Tapi LELAKI INI memang dalam hati ada taman, naik sedih lak bila cakap ngan dia. Selalunya lelaki yang buat hal, tapi kali ini perempuan lak yang buat hal. Susah nak cakap zaman sekarang nie. Macam-macam ada!


Tapi untuk Lelaki Ini, hanya nasihat jer yang dapat kami beri. Tak semua yang indah akan kekal selamanya & tak semua cinta akan berakhir dengan perkahwinan. Semua tu Allah dah tentukan di Loh Mahfuz & Cinta yang kekal hanya untuk Dia Yang Satu.

Kadang-kadang terasa pelik, orang yang paling kita sayanglah yang selalu susah untuk kita kata kita sayang. Orang yang paling kita sayang jugaklah yang selalu buat hati kita sakit. Dan kadang-kadang kerana terlalu sayang kita rela kan dia pergi. Bertambah pelik, orang kita tak berapa nak sayang tu lah yang selalunya menyayangi kita & cukup susah kita nak terima kasih sayang orang tu.

Apa-apapun ini semua dugaan hidup. Semuanya tak kekal & sentiasa berubah. 
Jadi cubalah terima kenyataan bahawa setiap kejadian tu ada hikmahnya. Mungkin susah nak telan tapi tak ader maknanya kalau rasa sayang tu dah tak ader kita bermusuhan. Hidup kita pun tak lama, jangan ada benci. Ingat.. Allah tu Maha Pengasih & Penyayang. Mungkin ada kasih sayang yang lebih baik dijanjikan untuk kita. Sedangkan orang kahwin boleh bercerai, sedangkan kapal terbang orang boleh hijack inikan pulak tiada ikatan apa-apa. 
Be cool ya!

Eloknya biarlah setiap cinta yang tak ada JODOH biarlah berakhir dengan PERSAHABATAN. Rasanya tak rugi apa-apa kalau kita hilang cinta tapi tak hilang sahabat. Daripada kita hilang sahabat kerana cinta.




Monday, February 14, 2011

LELAKI INI - JUNJUNGAN MULIA

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Setiap kali dengar Nasyid dari Al Mizan nie, pasti teringat zaman-zaman kecik2 semasa arwah Atuk masih ada. Dia selalu pasang lagu nie. Memang sirah Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassallam nie terpahat dalam ingatan & patut ditanam dalam setiap anak-anak kita.
Kepada adik-adik yang tak pernah dengar cuba click kat link bawah nie:


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

PENGAJARAN/IKTIBAR (daripada rujukan2 berkenaan baginda Rasulullah)

1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku-liku. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah. 

2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak-kaak baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah. 

3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam.

4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi. 

5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH;
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah." 

6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana. 

7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri. 

Sesungguhnya tiada LELAKI di dunia ini yang setanding dengan baginda Rasulullah & LELAKI INILAH yang patut kita cintai sampai ke akhirat...



Click here:




Thursday, February 3, 2011

Degil

Kenapa lah lelaki terlalu ego? Just do whatever they wanna do & bila nasihat tak nak dengar. Dah terantuk nanti baru nak tergadah.
Salah satu contoh yang paling dekat bila cuti-cuti nie semua berebut nak gi holiday, nak tanya sikit abang2 kat rumah tu ada buat persediaan tak sebelum gi bercuti. Kereta dah service belum? Duit perbelanjaan cukup ker & ada spare for emergency tak?
Rasanya kalau bab2 cam nie, orang pompuan jugak ler kena ingatkan. Kalau tak ingatkan memang orang pompuan la yang jadi Mak sanggupnya.
Bulan nie nak gi jalan, bulan nie gaklah baru nak pi guna duit tu pi service kereta so... kalau tak der simpanan hutang keta tu buat-buat lupa lak.
Dah tu kalau gi holiday, bawak kereta laju-laju tak ingat Anak bini dalam kereta tu. Cuba beringat sikit, kalau jadi apa-apa sapa yang susah? Dah kena keluarkan duit lagi. Itu kalau setakat kereta yang rosak, kalau hilang Anak bini boleh cari ganti ka?
Jadi nak ingat2 kan abang-abang di luar sana, jangan hemoi sangat kalau cik adik2 tegur yer. Semuanya demi masa depan. Bak kata pepatah menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tak der gunanya @ tak der
maknanya! Happy Holiday & Pandu cermat ya! Biar lambat jangan tak sampai langsung.

Thursday, January 27, 2011

Tak der maknanyer bang oiii!

Malam Jumaat cam nie masih ramai kah lagi yang berlumba-lumba ambik kesempatan untuk beramal ibadat ie: sembahyang berjemaah & baca yassin. Alhamdulillah... kalau kita tergolong dalam golongan tersebut. Tapi sekadar renungan malam Jumaat nie cuba perhati sekeliling kita terutamanya yang telah berkeluarga, apakah lelaki di dalam rumah kita nie benar-benar menuju ke arah jalan yang kita inginkan yakni menjadi Khalifah di dunia ini.

Hmm.... bukan nak mengata, tapi ingin memuhasabah diri sendiri jugak. 
Untuk kaum Hawa: Kalau orang tanya esok-esok nak kawin lelaki macam mana korang nak? Ada yang jawab mesti hensem, ada duit & boleh jaga kita. Ada jugak yang kata lelaki yang bertanggung jawab& membimbing ke arah jalan yang benar. Ada pulak yang berkata-kata, asal family suka kita pun suka lah. Bak kata orang tu macam-macamlah jawapannya. Tapi adakah apa yang menjadi idaman kita tu kita dapat? Kalau dapat, adakah kita rasa bahagia? Kalau tak dapat adakah kita rasa sia-sia jer perkahwinan kita? 

Tak pa, kahwinlah dengan sapa pun janji korang rahsia bahagia. Tapi sekadar nak berkongsi cerita dari orang-orang terdekat, korang mesti selalu tengok dan lihat dalam masyarakat kita nie hari-hari.
Contohnya kalau kita pergi kedai, macam-macam citer kita boleh dengar. Dari pasal bola, artis, politik & macam-macam ader sampai projek juta-juta. As usual kalau kat kedai cam nie, sapa lagi yang suka sembang topik cam nie. Especially kalau bab politik semua orang tak betoi, dia sorang jer yang betoi. Sembang kedai kopi la katakah tak der hakim tak der saksi semua cerita sensasi keluar.
Ha! LELAKI INI lah yang selalu kedengaran suaranya.
 
(Gambar hiasan- tiada kena mengena dgn yang hidup atau dah mati)
Semua cerita memang hangat & orang yang bercakap tu pun cakap macam dia pun perfectlah sangat . Tapi cuba tengok cerita di sebalik penceritanya. Mula dari dia menjejakkan kaki di depan pintu rumahnya. Rumah yang dah macam hotel,balik untuk tidor jer gamaknya. Mana taknya, anak-anak entah ke mana. Bini di rumah hatinya tak dijaga. Dapur berasap ker makan pakai cukup ker tak pernah ditanya. Just because bini tu kerja bukannya excuse bang yer tak payah kasi nafkah zahir & batinnya. Tapi citer pasal bab negara kat kedai bukan main lantangnya. Itu tak cukup ini tak patut, semuanya tak betul. Tapi tak pulak rasa bersalah bila isi perut yang kat dalam rumah tu pun tak boleh handle.

Kalau bab agama, wah! yang gitu gitu nak ikut sunnah. Orang salah cakap sikit jer dah kata songsang. Sedapnya  dok mengata orang tu salah orang nie tak betoi tak takut dosa ker? Bab-bab tu cukup terror. Tapi cuba abang2 renungkan sembahyang lima waktu tu berapa kali abang betoi-betoi buat. 
Kalau komplen, pemimpin nie tak betoi pemimpin tu ada scandal. Abang kat umah dah pimpinkah ahli keluarga ke jalan yang betoi? Pernah kah abang-abang jadi imam kat umah? Ajar anak-anak mengaji? Silap-silap anak-anak lagi lancar baca Quran dari Abang yang merangkak baca Alif Ba Ta Pak Aji Mata Buta.

He!he!he! Janganlah marah abang-abang yer! Adik nie pun tak ler pandai. Tapi kadang-kadang adik heran. Kalau cerita pasal Rozita Che Wan amboiii bukan main lagi pasang angan-angan. Cuba-cubalah berpijak di bumi yang nyata, kalau setakat pandai berkata-kata & cakap tak serupa bikin TAK DER MAKNANYER BANG OIII!

Ha! Che abang-abang yang kat dalam umah nie. Jangan sengeh2 jer baca blog nie. Jangan lupa aper kewajipan anda yer! 

Wednesday, January 26, 2011

Yang mana satu idaman kalbu

Just chit chat with my partner about our son tapi melalut lak sampai ke topik kalaulah diberi pilihan mana satu idaman kalbu :)
Ha!ha!ha! How nice ya if you have second chance to choose what you want.
Hmmm... what's your choice? Bak kata dalam cerita Labu Labi:



Yang mana satu
Idaman kalbu
Tidak tertahan
Menanggung rindu
Mungkinkah jauh
Berbatu-batu
Atau di balik
Awan yang biru

Nak yang jauh2 ker? Dah memang orang jauh bukan setakat di balik awan yang biru tapi di sebalik Pulau Singa nu...


Kalaulah aku
Jadi temanmu
Masak-memasak
Serah padaku

Masak memasak memang serah padamu, sampai dapur tak berasap jadinya he!he!he!










Kalaulah aku
Jadi suami
Kain baju
Aku cuci

Memanglah ko suka cuci, tekan jer button mesin yang buat!





Hai tukang masak
Aku tak sudi
Hai tukang cuci
Menyakitkan hati
Aku mencari
Biar berpadan
Asal di hati
Dapat berkenan

Tak nak!tak nak! Tukang masak bersepah2 mamak pun banyak! Tukang cuci pun tak nak kedai dobi pun banyak.

So aper yang den nak? Hmmm.... If you have a choice to choose, LELAKI mana yang menjadi idaman kalbu???
LELAKI INI??? Oppps!!! He!he!he! 





No! No! No! Not the man you see in these pictures but VALUE of THE MAN behind this pics :)

Tuesday, January 25, 2011

When a man loves a woman

When a man loves a woman
Can't keep his mind on nothin' else
He'd trade the world
For the good thing he's found

If she is bad, he can't see it
She can do no wrong
And turn his back on his best friend
If he puts her down

When a man loves a woman
Spend his very last dime
And trying to hold on to what he needs

He'd give up all his comforts
And sleep out in the rain
If she said that's the way, it ought to be

When a man loves a woman
I give you everything I've got
Trying to hold on to your precious love
And baby baby please don't treat me bad


Layan gak dengar lagu nie, memang agreed sangat-sangat pasal nie. When a man loves a woman macam-macam dia boleh buat. Kalau tak caya cuba ingat balik masa mula cintan cintun dulu, suruh lah apa pun semua dia boleh buat & semua boleh jadi. Kalau tak dapat jumpa pun tengok bumbung rumah pun jadilah. Kalau busy macam mana pun, sanggup tunggu berjam-jam depan office tu pun tak pa.
Kalau masa cinta tu,makwe terlanggar tunggul/ batu mahu tunggul batu kena marah. Semuanya dek kerna when a man loves a woman... Tapi when there's no more love  aper dah jadi.. habuk pun tarak. Otak pun dah jadi otak Udang, hancoq & hitam. Silap-silap haribulan mau pompuan kena lempang.

Tapi jangan lupa! Man nie can fall in love banyak2 kali. When a man loves a woman (walaupun dah married) lagi teruk daripada bujangese. Bukan dia kira pompuan tu sapa, bini orang? tunang orang? Gilfren orang? Silap-silap nenek orang pun dia angau. 

Jadi untuk woman kat luar sana:  ada mata pandang,ada telinga dengar, ada otak pakai. Janganlah senang sangat tergoda dengan ayat-ayat cinta yang macam chipsmore tu yer. Sebab orang kalau dah angau nie dia rasa dunia ni Ana yang punya. Selidiki dulu asal usulnya, agamanya & keupayaannya mengambil tanggung jawab nak menjaga diri kita nanti. Bak kata orang Bank buatlah CTOS & CCRIS dulu kalau nak tau history & capabilitynya. Buatlah verification kalau nak tau asal usulnya. Jangan satu lagu jer dah hanyut... Bukan senang tau nak cari.. LELAKI INI YANG SELALU MENYINTAIMU... :)