Lelaki Ini

Lelaki Ini
Siapa Dia Di Hatiku?

Monday, February 14, 2011

LELAKI INI - JUNJUNGAN MULIA

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Setiap kali dengar Nasyid dari Al Mizan nie, pasti teringat zaman-zaman kecik2 semasa arwah Atuk masih ada. Dia selalu pasang lagu nie. Memang sirah Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassallam nie terpahat dalam ingatan & patut ditanam dalam setiap anak-anak kita.
Kepada adik-adik yang tak pernah dengar cuba click kat link bawah nie:


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

PENGAJARAN/IKTIBAR (daripada rujukan2 berkenaan baginda Rasulullah)

1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku-liku. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah. 

2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak-kaak baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah. 

3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam.

4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi. 

5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH;
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah." 

6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana. 

7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri. 

Sesungguhnya tiada LELAKI di dunia ini yang setanding dengan baginda Rasulullah & LELAKI INILAH yang patut kita cintai sampai ke akhirat...



Click here:




Thursday, February 3, 2011

Degil

Kenapa lah lelaki terlalu ego? Just do whatever they wanna do & bila nasihat tak nak dengar. Dah terantuk nanti baru nak tergadah.
Salah satu contoh yang paling dekat bila cuti-cuti nie semua berebut nak gi holiday, nak tanya sikit abang2 kat rumah tu ada buat persediaan tak sebelum gi bercuti. Kereta dah service belum? Duit perbelanjaan cukup ker & ada spare for emergency tak?
Rasanya kalau bab2 cam nie, orang pompuan jugak ler kena ingatkan. Kalau tak ingatkan memang orang pompuan la yang jadi Mak sanggupnya.
Bulan nie nak gi jalan, bulan nie gaklah baru nak pi guna duit tu pi service kereta so... kalau tak der simpanan hutang keta tu buat-buat lupa lak.
Dah tu kalau gi holiday, bawak kereta laju-laju tak ingat Anak bini dalam kereta tu. Cuba beringat sikit, kalau jadi apa-apa sapa yang susah? Dah kena keluarkan duit lagi. Itu kalau setakat kereta yang rosak, kalau hilang Anak bini boleh cari ganti ka?
Jadi nak ingat2 kan abang-abang di luar sana, jangan hemoi sangat kalau cik adik2 tegur yer. Semuanya demi masa depan. Bak kata pepatah menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tak der gunanya @ tak der
maknanya! Happy Holiday & Pandu cermat ya! Biar lambat jangan tak sampai langsung.